Laman Web Rasmi Pentadbiran Am

soalan lazim


FAQ:-

1. Apakah itu PERMATA? PERMATA merupakan satu program pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kerajaan Malaysia. Program ini menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mengeksperimen dan mengalami melalui permainan.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan anak ke Pusat Anak PERMATA Negara? Orang ramai perlu mengisi borang permohonan kemasukan anak ke PAPN yang boleh didapati di semua PAPN tersebut dan menghantar ke pejabat Sekretariat PERMATA atau ke PAPN yang terdekat. Borang ini juga boleh dimuat turun dari laman web PERMATA dari sub menu muat turun.

3. Apakah syarat-syarat untuk melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara? Syarat-syarat yang melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara adalah seperti berikut:-
a) Jarak rumah ke PAPN adalah berdekatan,
b) Berumur di antara 1 hingga 5 tahun,
c) Pendapatan ibu bapa tidak melebih RM 1,500.00,
d) Merupakan warganegara Malaysia, dan
e) Sihat fizikal dan mental

4. Saya berminat dengan kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Pusat Anak PERMATA Negara? Calon yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar resume mereka ke pejabat Sekretariat PERMATA setelah iklan mengenai kekosongan jawatan diiklankan.

5. Bagaimanakah sistem pembelajaran di PERMATA? Kurikulum PERMATA menekankan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi 6 aspek perkembangan iaitu:-
• sosio-emosi dan kerohanian,
• bahasa dan literasi awal,
• pra-matematik dan logik,
• sensori dan pemahaman dunia persekitaran,
• estetika dan kreativiti, dan
• motor kasar dan halus

6. Apakah kelayakan guru-guru Pusat Anak PERMATA Negara? Guru di PAPN dikenali sebagai Pendidik PERMATA. Mereka terdiri daripada lepasan ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang tetapi diutamakan kepada mereka yang mempunyai latar belakang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia selain daripada STPM dan SPM. Mereka kemudiaannya wajib mengikuti Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA).


PAPN Perak PAPAN Kelantan PAPN Sabah PAPN Sarawak PAPN Johor PAPN Melaka PAPN N. Sembilan PAPN Putrajaya PAPN Pahang PAPN Terengganu PAPN Perlis